PULAU CINTA

Alkisah di sebuah pulau yang terletak di sebuah samudra, pulau itu sangat kecil dan indah dengan pemandangan yang ada dan dengan penduduk yang tidak begitu banyak.
singkat kisah di pulau yang kecil tersebut tinggallah "cinta" dengan beberapa penghuni lainnya.
diantaranya, ada serakah, sombong, harta, kekayaan, kecantikan dan setia. mereka hidup dalam keadaan berjiran.
dalam pergaulan sehari-hari cinta selalu mengalah dari kelakuan penduduk di sana, hingga-hingga cinta hampir saja berputus asa ingin rasanya cinta meninggalkan pulau tersebut namun tebayang dalah hati cinta "Jika aku meninggalkan pulau ini siapalah yang akan menerimaku, sedangkan semua makhluk begitu kejam dan tidak ingin berkawan denganku.
Oh..tuhan anugrahkanlah hambamu padaku semoga aku tidak sendiri dalam fanamu (dunia) yang sebesar ini" begitulah cinta mengeluh hampirsetiap hari.
suatu hari cinta sedang asyiknya berjalan di sebuah kaki gunung dalam pulau tersebut. kerana cinta telah jauh berjalan meninggalkan rumah demi mencari ketenangan dan membawa hatinya yang luruh berderai kerana tidak ada yang mahu berkawan dengannya.
bagai kiamat datang rasanya bagi hidup cinta yang sebatang kara tiada sesiapa yang sanggup memahami perasaannya.
padahal cinta begitu suci nan abadi, kerana tidak ada yang ingin memahaminya hingga makhluk lain menilai cinta ini lahir begitu misteri dan sangat sulit untuk di mengerti.:).
di sebuah muka gua cinta duduk kerana teramat letih sudah dua hari cinta meninggalkan tempat tinggalnya. sebab jiran-jiran di tempat cinta tinggalnya, di diami oleh serakah, sombong, angkuh, riak, taqabbur, dan sejumlah lagi makhluk tuhan yang sama sekali tidak ingin tahu menahu tentang cinta.
di dalam kesendirian di bawan sebuah pokok yang rindang pada tepi mulut gua tersebut cinta duduk melemas sambil air matanya bercucuran membasahi kedua belah pipinya. dalam benak cinta membayangkan betapa harmonis hidupnya bila mana berdekatan dengan makhluk-makhluk lain terlalu larut khayalan cinta hinggalah cinta tertidur di atas akar kayu tampa sehelai kainpun untuk menutupi badannya dari kedinginan alam.
Sejarah, perang dan revolusi belum tentu akan semua membawa sebuah keberhasilan yang baik bagi sesebuah bangsa.
namun, yang jelas ada satu perubahan yang akan di alami oleh bangsa tersebut, boleh jadi cara berfikir ataupun tingkah-tingkah dalam kehidupan sehari-hari bangsa tersebut itu.
anusia harus siap menghadapi segala kemungkinan yang akan
erjadi. bukankah Tuhan telah menciptakan dunia ini dan
makhluk2nya dengan berpasang-pasang. dan juga Tuhan menciptakan
sifat duniawi yang menggiurkan bagi penghuni dunia ini. dunia ini di sertai oleh malam dan siang begitu juga benda-benda yang ainnya.
seperti cinta dan kasih dan seperti dengki dengan iri, semua untuk mensyukuri atas apa yang telah di rahmatkan oleh Tuhan semesta alam.
kemerdekaan yang di inginkan oleh sebuah bangsa juga harus di sertai dengan rasa ikhlas dalam berjuang dan penuh dengan cinta kasih untuk melalui segala perubahan yang mungkin akan terjadi.
tidak mungkin dan mustahil keinginan itu akan datang dengan sendirinya bila mana tampa di perjuangkan sampai ketitik darah yang terakhir, itulah namanya darah cinta, darah yang merah yang keluar dari dalam hati hamba-hamba yang memiliki rasa cinta pada agama, negara dan bangsanya.
seperti halnya seseorang yang menginginkan sebiji buah nyiur (kelapa) tentunya orang itu memanjat pokok kelapa tersebut.
saat memanjat tentunya dia harus mengawali dari pangkal pokok tersebut, tapi ada kalanya baru sampai di pertengahan pokok orang itu menghadapi hambatan yang mengerikan baginya.
mulalah timbul rasa ragu dalam hatinya untuk meneruskan perjuangannya memetik sebiji buah kelapa.
mungkin juga dia di gigit serangga, rasa sakit pasti akan di alaminya mungkin juga dia tidak tahan dengan sakit tersebut lalu dia jatuh kembali lagi pada pangkal pokok kelapa tersebut, mungkin juga membawa pada sebuah kematian.
namun kematiannya tidak di kenang orang, tapi kematiannya sangat berharga bagi yang mengenangnya kerana kematiannya itu dalam merebut cita-cita demi sebiji buah kelapa muda tersebut.
petang itu ribuan burung-burung kembali kesarangnya, alam yang tadinya cerah bagai ada pijar yang mengawang di angkasa tapi kini mulai nampak kegelapan.
ombak laut yang kian menggelora yang riuh dengan terpaan angin badai menghembus dada-dada gunung yang bagaikan raksasa sedang tidur dengan lena. hari semakin gelap, dunia hampir saja tidak kelihatan lagi.
makhluk2 Tuhan penghuni hutan sudah pada waktunya untuk mengisi sarang2 mereka berdekatan dengan keluarga masing2 membawa apa yang mereka dapatkan dari sepanjang hari mereka berkelana di rerimba Tuhan yang amat luas.
badai terus menghembpas perut bumi goyangan ranting-ranting pohon seakan mengejutkan cinta yang masih tertidur dengan lenanya.
akhirnya cinta terbangun juga betapa terkejutnya ia dengan melihat di sekelilingnya hitam nan gelap cinta hampir saja lupa pada sifat dunia.
malam juga merupakan dari sebuah sifat dunia selain dari siang yang cerah.
cinta masih meraba-meraba sekelilinnya dalam kegelapan itu untuk memastikan sama ada dia masih pada tempat di mana ia memulakan tidurnya sebagai pengistirahatan tadi siang yang amat melelahkan.
cinta yakin setelah beberapa saat ia meraba-raba dalam gelap itu, tidak ada yang nampak dengan mata kepalanya apa yang ada di sekelilingnya namun cinta mempunyai mata hati yang amat langka dan jarang pada makhluk-makhluk lainnya.
mungkin itu kelebihan cinta yang amat sulit untuk di mengerti oleh jutaan makhluk yang mendiami bumi Tuhan ini.
malam kian gelap langit Tuhan di hiasi oleh jutaan bintang dan di terangi oleh cahaya rembulan yang indah.
kini cinta tidak sendiri kerana ia berfikir bintang dan bulan menerangi bumi yang gelab dan semak.
dalam kesendirian itu cinta mencuba memahami erti dari perjalanan hidupnya, cinta memaksa diri untuk terhibur dengan apa yang dapat di lihatnya dalam kegelapan malam saat itu. namun cinta tak pernah lupa pada jiran-jirannya yang telah ia tinggalkan hapir tiga hari tersebut.
sudah sifat cinta yang tulus bila mana ia mengenali makhluk lain dan cinta tak akan pernah melupakanya tapi, mengapa pengkhiatanan dan penderitaan harus di alami oleh cinta yang begitu amat tulus dan romantik.
kegalauwan dalam hati cinta di malam itu tidak ada yang sanggup memahaminya, sungguh dalam perasaan cinta malam itu tidak sedalam mana lautan yang kian menggelora.
ada sebagian lautan yang sudah lebih awal di diami oleh sombong ia menghempas ombak dengan kuat-kuatnya hingalah gelora kian bising terdengar padahal dalamnya tidak seberapa hanya sebatas dada itik angsa yang berenang saja.
namun dalamnya perasaan cinta makhluk mana yang sanggup untuk memahaminya, walau sesederhanapun kehidupan cinta namun itulah adanya, dia ciptaan Tuhan di turunkan kehati makhluk untuk saling memiliki dan mengindahkan dunia ini.
malam kian larut bintang dan rembulan kian menebal cahaya di awang-awang langit Tuhan, namun cinta masih terduduk bodoh di bawah rindangan pokok kayu tersebut.
perasaannya renyuh mengambang hingga menusuk qalbu, tapi cinta ingin menyimpan kenangan indah ini di sudut hatinya yang sepi malam ini.
cinta masih belum boleh memahami perasaannya yang masih saja di bawa oleh kerisauwan akan hidupnya di malam ini, namun haruskah cinta berterusan berjaga di malam itu menyibak tirai-tirai misteri di tebing malam yang gelap dan sepi.
singkat kisah...
ke esokan harinya cinta kembali lagi ketempat tinggalnya, namun yang peliknya jiran-jirannya tidak menanyakan sama sekali kemana menghilangnya cinta dalam beberapa hari ini.
cinta amat terpukul dengan jiran-jirannya itu "Bodoh benar mereka..!
tidak ada rasa penilaiyan dalam hati ataukah mereka makhluk yang tidak berhati"
cinta merepek dalam hatinya dengan kesal.
dua minggu kemudian pulau itu di landa oleh bencana alam (banjir) hampir saja menenggelamkan pulau yang kecil tersebut. cinta amat resah dan bimbang dalam keadaan serba panik ia mencoba mendekatkan diri pada sekelompok kaum penduduk pulau itu. di tepi laut cinta berdiri dengan baju yang kumuh dan penuh koyak-koyak.
dengan tiba-tiba cinta melihat sombong dalam sebuah perahu, lalu cintapun menegurnya "Wahai sahabatku bolehkah aku menaiki perahumu? aku tidak mempunyai sesiapa di pulau ini, kata cinta pada si sombong itu" lalu sombong menjawab.
"Tidak boleh..!!, kau tidak berhak untuk menaiki perahu ku ini atau tidakkah kau lihat sendiri dengan mata mu perahuku sudah penuh dengan harta-harta bendaku yang mahal-mahal, jika aku membawamu maka akan tenggelamlah semua harta2ku ini ke dalam laut..!!" lalu sombongpun berlalu dengan lajunya.
cinta amat sedih dengan sikap sombong yang amat tidak mengasihi.
tidak lama kemudian cinta kembali melihat Dengkin bersama Iri sedang mengkayuh perahunya, lau cintapun bersorak dengan penuh harapan di hati.
"Wahai kau hamba Tuhan, sekiranya perkenankanlah daku untuk pergi beramamu aku tidak akan boleh hidup di pulau ini, lihatlah wahai saudaraku air laut suah hampir di pinggangku" lau apa yang di jawab oleh dengki tersebut.
"Tidak perlu di selamatkan makhluk sepertimu, kau amat di suaki jika kamu akan kubawa bersamaku sebab daerah yang akan ku singgahi nantinya amat banyak penduduknya dan kau pasti akan banyak yang menerimamu sebab kamu baik, selamat tinggal cinta semoga kau menerima segala keadaan ini.
sedangkan Iri tidak menjawab apa-apa kecuali memandang cinta dengan panangan jeling amat merendahkan martabat"
cinta tidak sanggup lagi menahan air matanya, seakan2 yang keluar dari matanya adalah nanah dan darah.
keadaan yang amat rumit, air laut sudah sampai pada lehernya tidak lama lagi cinta akan tenggelam bersama pulau kecil itu sebagai saksi yang bisu.
lalu dalam keadaan panik dan serba kritis itu lewatlah sebuah perahu yang di tumpangi oleh seorang tua yang berpakaiyan serba putih wajahnya berseri-seri memancarkan cahaya persahabatan cinta sudah berputu asa tidak lagi ia menegur si pemilik perahu tersebut walau ia dapat melihat dengan mata kepala sendiri.
lalu bagai petir dan kilat menyambar diri cinta, darah2 mengalir dengan laju dari dalam tubuh cinta.
betapa amat terkejutnya cinta mendengar pelawaan si pemilik perahu tersebut, dengan berkata.
"Cinta, marilah ikut saya, mari kita tinggalkan pulau ini sebab tidak lama lagi pulau ini akan tenggelam dan kita tidak boleh hidup di sini" kemudian cintapun meranjak sedikit demi sedikit untuk meraih tepian perahu tersebut, hingga cintapun terselamat dari bahaya banjir itu.
cinta amat berterimakasih kerana jiwanya tertolong, cinta berucap syukur pada tuhan yang telah berkehendak hingga dirinya selamat.
cinta amat letih dan lesu, badannya sejuk wajahnya pucat pasi ia terus memandang pulau kecil yang semaik jauh itu.
sudah semakin jauh cinta meninggalkan pulau itu dari dalam perahu tersebut cinta memandang pulau itu dengan perasaan renyuh mengambang.
cinta mempunyai kenangan bersama bintang dan rembulan di suatu malam.
kenangan itu telah di simpan dalam sudut hati cinta yang mata sepi dan sunyi.
cinta begitu sedih meninggalkan tempat bermulanya ia mengenal bintang dan rembulan.
cinta tertanya-tanya dalam hati "adakah engkau tahu wahai bintang dan bulan tempatku (pulau) telah mengalami perubahan besar?" hati cinta pilu dan teramat pilu hingga sejuta lara membebani dirinya, hanya satu yang dapat diraihnya selama dipulau itu hanya kenangan bersama bintang dan bulan di sebuah malam.
cinta sudah lupa menanyakan siapakah gerangan yang bersurban serba putih itu?.
cinta dengan gemetar memberanikan diri untuk mencuba menanyakan "Wa..wa..hhai..ss..sau..ddarakuu siapakah geranganmu yang begitu sudi menolongku dari bencana ini.
padahal sebelum ini aku telah bertemu dengan jiran-jiranku tapi, mereka tidak mahu menolongku serta membawa ku pergi bersama mereka.
lalu apa yang di jawab oleh pemilik perahu itu "hehe..hehe...pemilik perahu itu tertawa kecil" sambil menarik nafas panjang dan memandang ke wajah cinta yang lesu itu.
pandangannya sangat mengertikan namun susah di teka, cinta makin gundah namun sedar ia sudah terselamat dalam perahu tua bersama makhluk yang belum di kenalkan oleh cinta.
kemudian pemilik perahu itu mengenalkan dirinya pada cinta "Wahai cinta, aku lah yang bernama "SETIA" aku resah dengan kesendirianku dalam hidupku ini.
aku selalu saja sendiri tampa ada yang mahu menemaniku dalam hidupku ini.
aku hampir separuh dunia Tuhan ke jelajahi mencari sekeping makna dalam hidup ini tiada apa yang ku dapati.
betapa banyak segala peristiwa yang aku hadapi dan begitu juga kesetiaanku, ku curahkan pada setiap-setiap hamba yang ku dapati dengan harapanku ianya hendak berkawan denganku tapi semuanya sirna dan jauh sekali dari apa yang ku pikirkan.
tapi aku tidak berputus asa masih saja kujalani hidup ini agar kutemui makna di sebalik tabir-tabir kehidupanku ini. begitu juga dengan kau wahai "cinta" jangan pernah sekali-kali engkau berputus asa dari apa yang telah kau hadapi, anggaplah kehidupan yang telah hanya mimpi burukmu ambillah yang mana patut kau ambil dan selebih itu simpanlah dan jangan pernah kau menghukumnya dengan kebencian dan permusuhan.
perahu tua itu terapung-apung di tengah hamparan samudra yang maha luas, di dalam perahu itu ada dua makhluk Tuhan yaitu "cinta dan setia" meraka sangat akrab dan sesuai serta seirama.
tidak ada yang mengetahui kejadian apa antara mereka dalam bahtera kecil itu di tengah-tengah samudra yang terhempas luas.
malam muncul kembali cintapun kini gembira kerana sahabatnya bintang dan bulan kembali menerangi mereka (cinta dan setia) dalam perahu di tengah samudra yang luas.
dalam hati cinta "rupanya sahabatku masih ada dan masih ingin menerangin cahayanya padaku" pandangan mata cinta jauh ke atas langit tuhan ada sejuta makna yang tersembunyi di hati cinta. tapi, setia yang melihat cara cinta melihat bulan dan bintang namun setia tidak sanggub memahami perasaan cinta.
cinta adalah tetap dirinya sebagai cinta dan begitu pula dengan setia tetap dirinya sebagai setia, mereka tidak sama dan banyak perbezaan sifat pada mereka, cuma mereka sepasang hamba yang cocok dan sesuai dalam dunia ini.
singkat kisah...
Sudah teramat jauh mereka mengkayuh perahu tua itu kini malam suah pergi dan berganti dengan siang.
dari kejauhan cinta melihat ada gundukan tanah terpung nun jauh di ujung pandangan mata cinta.
lalu cinta memberi tahu pada sitia, dan "setia"pun mengkayuh perahu itu dengan semangat hingga sampai pada pulau. betapa semangatnya mereka kerana telah menemukan tempat hidup baru dari jauh dalam perahu itu mereka memandang pulau itu dengan penuh keyakinan bahwa mereka akan boleh hidup bersama untuk membuka tabir kehidupan baru untuk masa depan yang gemilang.
lalu setiapun dengan cekap merapatkan sedikit-demi dikit perahu tuanya ketepian tebing tanah.
lalu mempersilahkan cinta untuk lebih dahulu turun dari perahu, cintapun melakukan dengan tampa membantah.
dan kini cinta dan setia sudah ada di pulau tersebut, pulau baru yang belum di hunikan oleh mana-mana makhluk harapan mereka tiada makhluk berhati busuk yang akan mendiami pulau ini.
alkisahnya..hiduplah sepasang hamba Tuhan di sebuah pulau tersebut yaitu "cinta dan setia" hidup mereka saling memahami dan penuh persaudaraan.
sangat jauh berbeza dengan pulau yang pernah di diami oleh cinta yang berjirankan sombong, dengki/iri dan harta.
kini cinta dan setia lebih merasakan aroma kehidupan di pulau baru ini dengan semangat dan keikhlasan bersama-sama antara cinta dan setia.
namun bagi cinta begitu banyak air mata yang telah ia cucurkan sebelum bertemu dengan setia sebab cinta begitu susah untuk di mengeti perasaannya dan lahirnya cinta dari hati seseorang begitu misterinya......
Ada kalanya cinta tertepis oleh badai kehidupan kerana manusia lebih mengutaman harta dan kemewahan dalam kehidupan dari pada memiliki cinta yang amat setia sebagai modal hidup bermasyarakat.
manusia tidak ada yang tidak memiliki cinta tapi, banyak orang tidak dapat memahami cinta yang sebenarnya, cinta mudah saja hadir dalam ronga-rongga kehidupan manusia tinggal lagi kita yang sudi menerimanya untuk beterusan hidup berdampingan dengan cinta dan setia.

 

 

Komentar