Memahami Istilah Cinta

Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.



Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin.

Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.

 

Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang  lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan  bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka   jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.

 

Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui pa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka  baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.

 

Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang

menjadi perbezaan ketara istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

 

Apabila seseorang lelaki telah berkahwin, mereka beranggapan perkataan "cinta" tidak perlu lagi  dilafazkan. Inilah punca utama yang sering terjadi,   wanita atau isteri merasa kecil hati, tidak lagi   dihargai malah ada ketikanya mereka merasakan si suami   tidak lagi kasih kepadanya. Ada yang lebih parah apabila   mengatakan si suami mempunyai kekasih lain.

 

Wanita mahukan cinta dizahirkan dengan cara perkataan   juga perbuatan. Pusat cinta dan kemesraan perhubungan   bagi wanita dan lelaki ialah dengan aktiviti

bercakap-cakap dan berbincang mengenainya.

Pusat cinta bagi lelaki pula ialah aktiviti fizikal,   begitu juga pusat hubungan nikmat kemesraan hubungan   dengan pasangannya. Mereka lebih suka melakukan pelbagai   aktiviti bersama pasangannya dan melalui cara ini mereka   telah menzahirkan perasaan cinta.

 

Berdasarkan pada hakikat ini, pihak wanita perlu   memahami hasrat dan cara lelaki mebicarakan soal cinta.   Mereka perlu turut serta dalam aktiviti yang iminati pasangannya.

 

Contohnya, jika si lelaki mempunyai hobi memancing,   sekali sekala si isteri pergi bersama dan dalam keadaan   begini si suami merasai dicintai dan disayangi.

 

Lelaki juga perlu ambil tahu akan keinginan pasangannya.   Apalah salahnya jika mengucapkan kata-kata cinta pada   hari istimewa si isteri seperti hari ulang tahun

perkahwinan atau hari ulangtahun kelahirannya.

 

Adalah lebih baik jika diberikan hadiah-hadiah yang

lebih romantik seperti bunga, cincin idaman dan

sebagainya. Dengan kesefahaman kedua-dua belah pihak

maka kehidupan akan menjadi lebih ceria dan gembira.

 

 

Komentar